BDSwiss

Siapakah kami

BDSwiss adalah salah satu daripada institusi kewangan yang terkemuka di Eropah, mengkhusus dalam dagangan Forex/CFD dan Opsyen Binari. Kami telah menjadikan syarikat kami sebagai pilihan pertama bagi ramai pedagang dengan menyediakan perkhidmatan perdagangan dan sokongan bagi semua pelanggan kami. Dasar kami adalah untuk menyediakan syarat dagangan dan perisian yang sebaik mungkin untuk pelanggan kami. Misi kami adalah untuk menyediakan platform dan maklumat terkini yang membolehkan pelanggan kami sama ada pedagang baru atau pakar untuk berdagang dalam platform yang selamat dan terjamin. Ciri inilah yang menjadikan BDSwiss dipercayai oleh pedagang di serata dunia.

Apakah yang kami sediakan

BDSwiss menawarkan pelbagai jenis perisian dan alat dagangan yang membolehkan pelanggan individu dan institusi berdagang Forex, CFD dan Opsyen Binari dalam talian. BDSwiss memilih syarat-syarat akaun dengan teliti untuk menyesuaikan keperluan pelanggan pelbagai saiz.

Pusat Strategi kami yang direka oleh pakar industri telah direka bentuk untuk menyediakan pengetahuan yang diperlukan kepada pelanggan kami untuk membuat keputusan pelaburan yang sebaik mungkin. Sentiasa terdapat ilmu baru yang boleh dipelajari dengan kandungan yang kerap dikemas kini untuk setiap tahap pengalaman. Pusat Strategi kami akan membantu anda membangunkan strategi dan teknik, memberi anda kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan peluang anda untuk menjadi pedagang yang berjaya.

Semua ini serta platform dagangan kami yang terkini, menyediakan pelaksanaan yang hampir serta-merta dan Pusat Strategi dan berita pasaran kami yang sentiasa dikemas kini, memberi pelanggan kami semua alat yang diperlukan untuk merealisasikan matlamat dagangan mereka. Anda boleh berdagang hampir setiap aset pendasar dari seluruh dunia dan dengan pantas mengambil kesempatan terhadap perubahan dalam harga Forex, Komoditi, Indeks dan Saham, sama ada harga naik atau turun.

Khidmat Pelanggan keutamaan kami

Menyediakan Khidmat Pelanggan yang sebaik mungkin kepada semua pelanggan kami ialah keutamaan kami yang paling tinggi. Kami berbangga dengan tahap sokongan pelanggan yang kami sediakan. Selain Pusat Strategi dan berita pasaran, kami menawarkan webinar dalam talian dan seminar langsung untuk memberi pelanggan kami maklumat dan sokongan yang cemerlang.

Apakah yang mendorong kami

BDSwiss telah diasaskan berdasarkan sistem nilai yang membantu kami mencapai misi kami.

  • Menyediakan perkhidmatan berkualiti terbaik kepada pelanggan kami
  • Membolehkan perdagangan bagi pelabur di semua tahap kemahiran
  • Membantu pelanggan kami membangunkan dan meningkatkan pengetahuan mereka
  • Mendapatkan maklum balas pelanggan dengan penuh pertimbangan
  • Menjadi syarikat yang boleh dipercayai dan berkomunikasi dengan cara yang berkesan
  • Mendorong dan menerima perubahan

Menerajui haluan

BDSwiss menawarkan platform broker profesional kepada anda. Forex, CFD dan Opsyen Binari ialah cara yang paling pantas dan paling cekap untuk mendapatkan keuntungan daripada turun naik harga yang kecil dalam pelbagai aset pendasar. Sebagai sebuah institusi kewangan yang aktif di serata dunia, BDSwiss menawarkan peluang yang mudah dan intuitif untuk mengambil bahagian dalam peluang mencapai kejayaan dalam pasaran kewangan dunia melalui platform dagangan Forex dan Opsyen Binari kami.

Sejak penubuhan syarikat ini, kami dapat meyakinkan ribuan pelanggan terhadap kepakaran kami dalam dagangan pada pasaran kewangan. Perisian yang mudah untuk digunakan dan boleh dipercayai, serta khidmat pelanggan kami yang cemerlang, telah menjadikan BDSwiss sebagai jenama yang dipercayai di seluruh dunia. Oleh itu, kami menyediakan bentuk dagangan yang 100% telus dan selamat.

Mendapatkan kepercayaan anda

Peraturan yang ketat oleh CySEC

BDSwiss ialah nama dagangan BDSwiss Holding Plc., Cyprus, sebuah firma pelaburan yang diberikan kebenaran dan dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (Nombor lesen: 199/13). Sebagai broker, kami tertakluk pada peraturan yang ketat oleh Cypriot Financial Services Authority (CySEC).

Maklumat lanjut tentang peraturan kami boleh didapati di sini.

Maklumat Hubungan:

BDSwiss Holding Plc.
Pejabat berdaftar: Ioanni Stylianou 6, 2nd floor, Office 202, 2003 Nicosia, Cyprus
Nombor pendaftaran perdagangan: HE 300153
Nombor VAT: 103 001 53Z
Nombor lesen CySEC: : 199/13
Alamat Jerman (untuk surat-menyurat): Mainzer Landstrasse 41 60329, Frankfurt, Germany

Telefon: : +4969175368641
Fax: +4969175368649
Email: support@bdswiss.com
Pejabat perlindungan data:  datenschutz@bdswiss.com

Amaran Risiko: Dagangan Opsyen Binari dan CFD amat berspekulatif dan amat berisiko tinggi.