BDSwiss

Apakah “Opsyen Pasangan”?

Dengan “Opsyen Pasangan”, anda tidak melabur pada sama ada harga satu aset pendasar akan naik atau turun, tetapi anda melabur pada mana satu daripada dua aset pendasar dalam satu pasangan akan mencapai prestasi yang lebih baik berbanding satu lagi. Hubungan antara aset ialah faktor yang paling penting.

Bagaimanakah hendak berdagang “Opsyen Pasangan”?

Pertama, pilih satu aset pendasar. Hubungan harga sebenar antara dua aset boleh dilihat pada platform kami.

1. Expiration time

Anda membuat keputusan tentang masa opsyen akan tamat tempoh. Ini bermakna anda membuat keputusan tentang waktu ramalan anda perlu dinilai.

2. Jumlah Pelaburan

Masukkan jumlah yang anda ingin laburkan.

3. Panggilan (Call) atau Jual (Put)

Jika anda berpendapat bahawa aset pendasar pertama akan mencapai prestasi yang lebih baik berbanding aset pendasar kedua sehingga opsyen tamat tempoh, maka anda perlu membuka opsyen panggilan (call). Jika anda berpendapat bahawa aset pendasar kedua akan mencapai prestasi yang lebih baik berbanding aset pendasar pertama sehingga opsyen tamat tempoh, maka anda perlu membuka opsyen jual (call).

Anda telah menentukan semua faktor dan Opsyen Pasangan anda kini sudah lengkap.

Bagaimanakah hasilnya ditentukan?

Pada masa tamat tempoh pilihan anda, akan disemak secara automatik sama ada ramalan anda adalah betul. Harga sebenar pada masa tamat tempoh akan diambil dan dibandingkan dengan harga aset semasa opsyen dibuka.

Ramalan yang betul akan menghasilkan bayaran balik bagi pelaburan awal anda serta bayaran yang telah dipersetujui. Ramalan yang salah akan menyebabkan kerugian pelaburan awal. Jika harga pembukaan dan tamat tempoh sama, pelaburan awal anda akan dikembalikan.

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi.