BDSwiss

Dengan CFD, anda boleh membuka kedudukan pada harga pasaran menaik dan juga menurun. Sila ambil perhatian bahawa contoh dan grafik berikut adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perdagangan.

Contoh ini akan menunjukkan secara terperinci cara dagangan CFD berfungsi:

Harga pasaran “sebenar” (EUR/USD) ialah 1.09715/1.09723. 1.09715 dipanggil harga bida yang digunakan untuk membuka kedudukan pada harga yang menurun. 1.09723 dipanggil harga tawar yang digunakan apabila membuka kedudukan pada harga yang menaik.

CFD dikira dalam saiz kontrak. Saiz kontrak ini menggambarkan setakat mana aset didagangkan. Satu kontrak standard, juga dirujuk sebagai Lot, untuk pasangan mata wang EUR/USD adalah setara dengan volum sebanyak $100,000. Langkah penting seterusnya adalah untuk mengetahui nilai satu Pip. Satu Pip ialah nilai paling kecil bagi aset pendasar. Untuk pasangan mata wang EUR/USD, satu Pip bernilai 0.0001.

Keuntungan dan Kerugian

Keuntungan atau kerugian sebenar bergantung pada kedua-dua harga dan saiz kontrak. Bila-bila anda berdagang CFD, anda berurus niaga dengan volum tinggi, yang dikira berdasarkan formula ini:

Harga Bida/Tawar * Saiz kontrak * Bilangan kontrak

Anda mahu membuka satu kedudukan pada harga EUR/USD yang menurun, ini bermakna, harga bida adalah penting. Dengan satu kontrak standard, ini bermakna nilai kedudukan berikut: $1.09715 * $100,000 * 1 = $109,715. Untuk membuka mana-mana kedudukan, anda mesti mempunyai baki tertentu dalam akaun dagangan anda. Apabila membuka satu kedudukan, satu deposit keselamatan akan ditolak daripada baki akaun anda, ini dipanggil Margin.

Untuk kedudukan EUR/USD, ia dikira dengan 1% nilai kedudukan. Ini bermakna bagi contoh di atas, anda akan memerlukan deposit keselamatan sebanyak $1,097.15. Deposit ini mesti boleh didapati dalam akaun dagangan anda.

Jika kedudukan anda menguntungkan

Andaikan pasaran bergerak pada arah yang anda jangkakan. Harga EUR/USD turun ke aras baru $1.09153/$1.09161. Anda membuka kedudukan pada harga yang menurun, bermakna anda perlu menjual EUR/USD terlebih dahulu dan membelinya semula sekarang untuk menutup kedudukan. Oleh itu, bagi anda, harga tawar $1.09161 adalah penting. Dengan CFD, perbezaan antara kedudukan digunakan untuk bayaran. Kedudukan anda untuk harga ini mempunyai nilai semasa: $1.09161 * $100,000 * 1 = $109,161

Anda membuka kedudukan pada kadar pertukaran menurun, itu bermakna pengiraan keuntungan anda adalah seperti berikut: Harga masuk – Harga keluar = Untung = $109,715 – $109,161 = $554

Apabila menutup kedudukan ini, $544.00 akan dikreditkan ke akaun anda. Selain itu, deposit keselamatan permulaan anda (Margin) $1,097.15 juga akan boleh didapati semula.

Jika kedudukan anda kerugian

Dalam senario ini, pasaran bergerak bertentangan daripada ramalan anda. Kadar pertukaran EUR/USD meningkat ke aras baru $1.10248/$1.10256. Sekali lagi, di sini harga tawar adalah penting. Harga tawar kini ialah $1.10256, memberikan kedudukan anda nilai sebanyak: 1.10256 * $100,000 * 1 = $110,256

Kerugian anda akan dikira menggunakan formula berikut: Harga masuk – Harga keluar = Kerugian = $109.715 – $110.256 = -$541

Anda telah pun mengenepikan deposit keselamatan sebanyak $1,097.15. Kerugian anda pada kedudukan ini akan ditolak daripada deposit keselamatan ini. Perbezaan sebanyak $556.15 akan dikembalikan ke akaun anda.

Berdagang Sekarang
Modal anda menghadapi risiko tinggi
Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi.