BDSwiss

BDSwiss menghargai idea ketelusan dan keadilan, oleh itu, pada halaman ini anda akan menemui penerangan berstruktur yang terperinci dan jelas bagi semua caj yang mungkin dikenakan semasa menggunakan platform ini.

Spread, Komisen, Rollover dan Margin

Spread

Bagi setiap aset pendasar, harga bida dan tawar akan diberikan. Perbezaan antara dua harga ini dipanggil spread. Setiap pesanan menggunakan harga bida untuk menjual dan harga tawar untuk membeli. Spread ialah bayaran yang dibayar kepada broker untuk melaksanakan dagangan. Maklumat lanjut tentang spread boleh didapati DI SINI.

Komisen

Untuk CFD saham, sedikit komisen dalam bentuk peratusan akan ditolak apabila membuka dan menutup kedudukan anda. Untuk semua CFD saham, jumlah komisen ini ialah 0.1%.

Rollover

Bagi setiap kedudukan yang dipegang semalaman (iaitu pada atau selepas 21:00 GMT), bayaran rollover akan dikenakan. Bayaran rollover berbeza-beza bergantung pada aset pendasar. Selain itu, berdasarkan arah pelaburan anda, akaun anda mungkin dicaj bayaran rollover atau anda akan menerima kredit. Maklumat lanjut tentang rollover boleh didapati DI SINI.

Margin

Margin ialah jumlah wang yang mesti diketepikan apabila anda membuka kedudukan baru. Jumlah ini dilihat sebagai deposit selamat terhadap pergerakan harga yang buruk untuk anda. Margin bukanlah bayaran, tetapi modal yang tidak boleh didapati secara bebas sehinggalah kedudukan terbuka itu ditutup. Maklumat lanjut tentang margin boleh didapati DI SINI.

*Sila ambil perhatian bahawa margin sentiasa dikira secara berubah-ubah dan anda memerlukan wang yang mencukupi dalam akaun anda untuk mengelakkan penutupan kedudukan anda secara automatik. *

Untuk maklumat terperinci tentang semua bayaran yang berkaitan (Spread, Komisen, Rollover dan Margin), sila rujuk pada senarai aset kami DI SINI.

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum