BDSwiss

Apakah yang boleh saya dagangkan?

BDSwiss membolehkan anda membuat keputusan tentang apa yang hendak didagangkan. Akaun Semua Dalam Satu membolehkan anda berdagang CFD/Forex dengan BDSwiss Forex atau berdagang Opsyen Binari dengan BDSwiss Binary.

Apakah perbezaan antara BDSwiss Forex dan BDSwiss Binary?

BDSwiss Forex dan BDSwiss Binary ialah tanda dagangan BDSwiss Holdings PLC. Anda boleh berdagang CFD/Forex dengan BDSwiss Forex. Anda boleh berdagang Opsyen Binari dengan BDSwiss Binary. Klik DI SINI untuk melihat perbandingan produk kami.

Zon waktu manakah yang digunakan oleh BDSwiss?

BDSwiss menggunakan zon waktu GMT+1, iaitu tertakluk pada DST. Harga yang dipaparkan pada platform dagangan MetaTrader 4 merujuk pada waktu pelayan semasa yang diukur dengan GMT+2.

Sejauh mana BDSwiss selamat?

BDSwiss menggunakan sistem keselamatan yang diterima di peringkat antarabangsa SSL (Lapisan Soket Selamat) yang menyulitkan semua bayaran menggunakan kad kredit melalui Internet. Sistem ini dijalankan secara automatik dan anda akan menerima notis automatik jika pelayar anda tidak menyokong protokol ini. Mengikut peraturan EU, deposit pelanggan sehingga €20,000.00 dilindungi oleh Dana Pampasan Pelaburan Cypriot, jika syarikat mengalami ketakmampuan bayar.

Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan anda?

Ya, data anda 100% selamat dengan kami. Melindungi maklumat peribadi anda adalah penting bagi kami. Semua data pelanggan disulitkan dengan perisian keselamatan terkini dan sangat dilindungi. Data anda akan dirahsiakan dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga. Untuk butiran selanjutnya tentang perlindungan data, sila klik di sini.

Apakah dokumen yang layak untuk “bukti kediaman”?

Sebagai bukti kediaman, dokumen yang layak termasuk borang pendaftaran kediaman atau bil yang tidak lebih dari enam bulan dan dialamatkan ke kediaman semasa anda (contoh, elektrik, gas atau telefon/Internet).

Mengapa saya perlu menyerahkan kad pengenalan yang sah di peringkat antarabangsa?

BDSwiss ialah syarikat yang dikawal selia dalam sektor kewangan. Atas sebab ini, kami diwajibkan dari segi undang-undang untuk mematuhi standard keselamatan tertentu. Ini termasuk peraturan tertentu berkaitan dengan protokol pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan pencegahan pembiayaan pengganas.

Atas sebab ini, setiap pelanggan yang mahu berdagang dengan BDSwiss mesti dikenal pasti secara positif. Ini biasanya dilakukan dengan salinan/imbasan kad identiti antarabangsa yang sah dan borang pendaftaran kediaman. Selain borang pendaftaran kediaman, pelanggan juga boleh menyerahkan salinan bil (elektrik atau gas) yang alamat kediaman boleh dilihat dengan jelas. Bil ini mesti bertarikh tidak lebih dari enam bulan.

Apakah Kod SWIFT?

Kod SWIFT ialah kod pengenalan unik untuk bank, yang digunakan bagi pindahan antara bank. Kod SWIFT bank anda boleh didapati di laman utama bank anda atau boleh diperoleh daripada pekerja bank. Kod SWIFT mestilah mengandungi 11 aksara, jika kod SWIFT anda kurang daripada itu, gantikan aksara yang tiada dengan huruf besar “X”.

Apakah kelebihan berdagang dengan BDSwiss?

Sebagai pelanggan BDSwiss, anda mempunyai Akaun Semua Dalam Satu dan boleh membuat keputusan sendiri tentang apa yang anda mahu dagangkan. Berdagang CFD/Forex atau Opsyen Binari. Satu akaun untuk semua produk kewangan. Pelanggan BDSwiss mendapat akses kepada bahan latihan yang menyeluruh untuk membantu anda mengoptimumkan strategi dagangan anda. Belajar daripada pakar dengan Pusat Pendidikan, webinar dalam talian, seminar langsung, berita pasaran, kalendar ekonomi dan banyak lagi.

BDSwiss Holdings PLC dikawal selia dan diluluskan oleh CySEC (No. Lesen 199/13). Tiada Deposit Minimum untuk BDSwiss Forex. €200.00 deposit minimum untuk BDSwiss Binary.

Perisian Dagangan Profesional, waktu dagangan lanjutan dan banyak lagi menunggu anda sebagai pelanggan dengan BDSwiss. Klik DI SINI sekarang dan buka akaun anda kurang dari 3 minit.

Bagaimanakah saya boleh berhubung dengan BDSwiss?

Tuliskan e-mel ke: [email protected] atau hubungi kami di salah satu daripada nombor telefon serantau kami.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan saya?

Anda boleh menggunakan fungsi “terlupa kata laluan”. Masukkan alamat e-mel anda dan kata laluan anda akan dihantar kepada anda secara automatik. Jika anda mengalami masalah dengan kata laluan anda, sila hubungi kami melalui e-mel dengan menulis ke [email protected] atau hubungi kami melalui salah satu daripada nombor telefon serantau kami.

FAQ: Akaun Dagangan

Adakah saya perlu membayar apa-apa untuk Akaun Dagangan BDSwiss saya?

Tidak, akaun dagangan dengan BDSwiss adalah percuma.

Bolehkah saya bertukar antara akaun?

Sebagai pelanggan BDSwiss anda mempunyai Akaun Semua Dalam Satu. Iaitu anda sentiasa boleh bertukar ke platform dagangan BDSwiss yang lain. Anda tidak perlu log keluar dan log masuk semula. Hanya klik pada “Akaun” dan pilih platform dagangan yang anda inginkan.

Apakah mata wang yang boleh saya gunakan untuk dagangan?

Mengikut peraturan, akaun dipegang secara eksklusif dalam Euro. Di sesetengah rantau, anda boleh memilih USD secara alternatif.

Bolehkah saya memindahkan baki antara akaun saya yang berbeza?

Tidak, anda tidak boleh memindahkan dana daripada akaun Opsyen Binari anda ke akaun CFD/Forex anda atau sebaliknya.

Adakah terdapat had untuk deposit/pengeluaran?

Tidak. Tiada had maksimum untuk deposit dan pengeluaran.

Bolehkah saya kerugian lebih daripada wang yang saya depositkan?

Tidak, sebagai pelanggan BDSwiss, baki akaun anda tidak boleh kurang daripada sifar. Apabila berdagang CFD dengan BDSwiss Forex, BDSwiss tidak mengharapkan anda membayar pampasan jika baki akaun anda menjadi negatif.

Bagaimanakah saya boleh membatalkan pengeluaran?

Jika anda mahu membatalkan pengeluaran anda dan mengembalikan wang anda ke akaun dagangan anda, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan pengeluaran. Ini terutamanya berguna jika pengeluaran anda akan menyebabkan anda tidak mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun anda tetapi anda mahu melabur dalam suatu opsyen. Untuk membatalkan permintaan pengeluaran, sila hubungi kami melalui e-mel dengan menulis ke [email protected] atau hubungi kami melalui salah satu daripada nombor telefon serantau kami.

Bagaimanakah saya boleh mendepositkan wang ke akaun saya?

Di bawah tab Akaun, hanya klik pada “Deposit Dana”. BDSwiss menawarkan pelbagai kaedah deposit seperti kad kredit, pindahan bank, deposit terus, Skrill dan banyak lagi.

FAQ: CFD

Harap maklum bahawa demi kebolehbacaan, perkara berikut hanyalah petikan daripada keseluruhan FAQ BDSwiss Forex. FAQ penuh boleh didapati DI SINI.

Apakah CFD?

CFD juga dirujuk sebagai Kontrak untuk Perbezaan. Ini bermakna anda berdagang berdasarkan perkembangan harga aset pendasar yang tertentu. Perbezaan antara harga pada pembukaan kedudukan anda dan pada masa penutupan, selain arah pelaburan dan bilangan kontrak standard yang didagangkan menentukan jumlah keuntungan atau kerugian anda. Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI.

Di manakah saya boleh mendapatkan waktu dagangan bagi pelbagai aset pendasar?

Waktu dagangan bagi dagangan dengan CFD boleh didapati DI SINI.

Adakah terdapat jumlah minimum bagi deposit atau pengeluaran?

Apabila berdagang CFD, tiada deposit minimum. Untuk pengeluaran, terdapat jumlah minimum sebanyak €100.00, tetapi untuk pengeluaran kurang daripada €100.00, bayaran pengendalian sebanyak €25.00 akan ditolak.

Spread manakah yang ditawarkan oleh BDSwiss?

Spread ialah fungsi bagi aset pendasar. Spread terendah ialah 1.0 pip. Senarai terperinci aset pendasar yang disediakan boleh didapati DI SINI.

Di manakah saya boleh mendapatkan gambaran keseluruhan bagi semua bayaran?

Gambaran terperinci bagi cara bayaran dikira dan masa bayaran dikenakan boleh didapati DI SINI.

Adakah saya perlu memuat turun perisian khas?

Ya. Bagi dagangan CFD, anda memerlukan perisian MetaTrader 4 yang boleh dimuat turun secara percuma dengan mengklik DI SINI.

Adakah terdapat apa-apa bayaran yang perlu saya bayar untuk berdagang di platform MetaTrader 4?

Tiada bayaran untuk berdagang di platform MetaTrader 4. Harap maklum bahawa terdapat bayaran biasa yang berkaitan dengan berdagang CFD.

FAQ: Opsyen Binari

Harap maklum bahawa demi kebolehbacaan, perkara berikut hanyalah petikan daripada keseluruhan FAQ BDSwiss Binary. FAQ penuh boleh didapati DI SINI.

Apakah Opsyen Binari?

Opsyen Binari juga dikenali sebagai opsyen digital atau opsyen pulangan tetap. Potensi keuntungan atau kerugian dengan Opsyen Binari diketahui pada permulaan kontrak. Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI.

Adakah terdapat jumlah minimum bagi deposit atau pengeluaran?

Tidak, apabila berdagang dengan Opsyen Binari, tiada deposit minimum, tetapi deposit permulaan mesti sekurang-kurangnya €200.00. Untuk pengeluaran, juga tiada jumlah minimum, tetapi pengeluaran di bawah €100.00 akan dikenakan bayaran pemprosesan €25.00. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh mengeluarkan kredit bonus selepas anda memenuhi semua kriteria pengeluaran. Maklumat lanjut tentang dasar bonus kami boleh didapati DI SINI.

Adakah terdapat had untuk deposit/pengeluaran?

Tiada.Tiada had maksimum untuk deposit dan pengeluaran.

Di manakah saya boleh mendapatkan waktu dagangan bagi pelbagai aset pendasar?

Senarai terperinci semua aset pendasar boleh didapati melalui BDSwiss berserta dengan penerangan, tarikh tamat tempoh dan masa boleh dilihat dalam bahagian Senarai Aset.

Bagaimanakah sistem bonus berfungsi?

Pelanggan BDSwiss Binary boleh mendapat manfaat daripada pelbagai bonus yang menarik. Untuk skim bonus kami, klik DI SINI.

Apakah Opsyen Jual (Put)?

Dengan Opsyen Jual, pedagang mendapat untung apabila harga aset pendasar lebih tinggi pada masa opsyen dibuat berbanding pada masa opsyen tamat tempoh, iaitu harga menurun. Jika harga opsyen pada masa tamat tempoh sama dengan harga semasa opsyen dibeli, pedagang akan menerima semula jumlah penuh pelaburan mereka.

Apakah Opsyen Panggilan (Call)?

Dengan Opsyen Panggilan, pedagang mendapat untung apabila harga aset pendasar lebih rendah pada masa opsyen dibuat berbanding pada masa opsyen tamat tempoh, iaitu harga menaik. Jika harga opsyen pada masa tamat tempoh sama dengan harga semasa opsyen dibeli, pedagang akan menerima semula jumlah penuh pelaburan mereka.

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi.